Monday, July 13, 2009

Pengenalan


:: SEJARAH KAMPUNG
  



:: SEJARAH ASAL USUL NAMA

Menurut cerita asal usul nama Batu Arang ini lahir dari penemuan batu yang warnanya hitam oleh penduduk yang menerokai penempatan dikawasan sekitar yang sekarang dikenali sebagai jalan Arsat. Oleh kerana batu hitam ini terdapat dimerata-rata tempat dan kawasan itu belum bernama,maka ia diberikan nama Batu Arang.

Namun begitu semasa pemerintahan British kononnya Jalan Arsat yang ada sekarang dahulu adalah stesen pemugahan arang batu yang sekarang ini telah menjadi Terminal Lapangan Terbang. Kerana adanya dua stesen kereta api untuk pemungahan arang batu,maka wujudlah Batu Arang Satu dan Dua,walaupun terdapat dua cerita yang berbeza kesimpulannya asal usul nama Kampung Batu Arang adalah dari Arang Batu.





:: SEJARAH KETUA KAMPUNG


KK OMAR IDRUS

KK USTAZ KASSIM BIN ABD HAMID

KK ABD RAZAK BIN ABD 

:: SEJARAH PENDUDUK

Kg. Batu Arang terdiri daripada pelbagai kaum, majoritinya ialah kaum Melayu Brunei, Cina dan minoritinya kaum Dusun dan India. Pekerjaan kaum Melayu selain daripada kakitangan kerajaan ada juga penduduknya menjadi buruh dan juga nelayan. Manakala kaum Cina pula lebih kepada aktiviti perniagaan dan pertanian menanam sayur-sayuran dan kaum India pula bekerja sebagai buruh kasar yang diambil sebagai pekerja di pelabuhan untuk memunggah barang dari kapal yang berlabuh dan dikenali sebagai Ali Brothers.


:: SEJARAH EKONOMI

Dahulunya getah dan copra adalah antara produk kampung dan dieksport ke luar negara dan menjadi sumber pendapatan bagi penduduk kampung, manakala buah-buahan dan sayuran dibekalkan untuk pasaran tempatan.